CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

29 June 2010

Amalan Bulan Rejab

1hb Rejab 1430 hijrah jatuh pada 24 Jun 2009 iaitu pada hari Rabu. Jatuhnya adalah pada Maghrib 23 Jun 2009 iaitu pada hari Selasa.

Sabda Nabi saw “Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya’aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku“. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya’aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya. REJAB bulan menabur benih. SYA’ABAN bulan menyiram tanaman. RAMADHAN bulan menuai. REJAB menyucikan badannya. SYA’ABAN menyucikan hatinya. RAMADHAN menyucikan rohnya. REJAB bulan taubat. SYA’ABAN bulan muhibbah. RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

Dari segi bahasa : Rejab makna menghormati dan memuliakan.

Dinamakan bulan Rejab kerana orang-orang jahiliyah dahulu menghormati dan memuliakan bulan ini dengan mengharamkan peperangan dalam bulan ini.

Bulan Rejab merupakan salah satu bulan dari 12 bulan-bulan Islam dan ia merupakan salah satu dari 4 bulan ‘Haram’ didalam Islam. Dalilnya terdapat di dalam Firmah Allah swt di dalam Surah Al-Taubah ayat 9 maksudnya : “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati” . Allah swt telah mengurniakan kepada manusia 4 bulan haram. Bulan-bulan ini sebagaimana yg disepakati oleh semua ulama’ ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Umat Islam adalah diharamkan pergi berperang didalam bulan-bulan ini, kecualilah jika mereka diugut.

Bulan Rejab mengandungi peristiwa-peristiwa bersejarah kepada orang Islam di mana berlakunya peperangan Tabuk, pembebasan Al-Aqsa dari tangan tentera Salib dan juga ada orang Islam yang berpendapat bahawa bulan inilah berlakunya peristiwa Isra’ dan Mi’raj Nabi Muhammad saw.

Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di”israk”kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di”mikraj”kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT:

“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” - Petikan dari Surah Al Israa ayat 1.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan ke atas orang-orang Islam untuk mengerjakannya pada bulan Rejab ini ialah:-

Pertama: Membaca Salawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Umat Islam memang digalakkan untuk membanyakkan membaca salawat pada bila-bila masa terutama pada ketika pahalanya dilipat gandakan di dalamnya seperti pada bulan Rejab kerana membaca salawat sangat besar pahalanya.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam :

Ertinya:” Barangsiapa yang membaca salawat untuk Ku satu kali, Allah bersalawat kepadanya sepuluh kali, dan barangsiapa bersalawat sepuluh kali kepada ku, Allah akan bersalawat kepadanya sebanyak seratus kali. Dan barang siapa yang bersalawat kepada Ku seratus kali, maka Allah menulis di antara kedua-dua matanya kebebasan dari nifak dan kebebasan dari neraka. Pada hari kiamat orang itu akan ditempatkan bersama orang-orang yang mati syahid”. [Riwayat At-tabrani].

Bayangkanlah betapa beruntungnya orang yang mendapat ucapan salawat dari Allah Subhanahu Wataala disebabkan ia bersalawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Kedua: Bertaubat: Kita digalakkan untuk memperbanyakkan bertaubat pada bulan Rejab kerana bulan ini adalah bulan pengampunan.

Ketiga: Berpuasa: Kita Umat Islam digalakkan untuk banyak berpuasa pada bulan Rejab.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi. Tafsirannya: “Sesungguhnya didalam syurga itu terdapat sebuah sungai yang disebutkan sungai Rejab, airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu, barangsiapa yang berpuasa satu hari pada bulan Rejab, Allah akan memberinya minum dari sungai itu”.

Keempat: Berdoa : Apabila berada di bulan Rejab, kita berharap agar sampai pula pada bulan Syaaban dan bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan bulan yang dinanti-nanti oleh setiap orang Islam yang sentiasa merindui pahala besar.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam apabila masuk ke bulan Rejab baginda berdoa dengan doa berikut: Maksudnya: “Ya Allah! Berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Syaaban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.

Selain daripada itu banyak lagi ibadat-ibadat lain yang mempunyai banyak kelebihan untuk kita amalkan di bulan ini seperti bersedekah dan melakukan amal jariah yang lain. Allah Subhanahu Wataala membukakan pintu rahmat seluas-luasnya bagi mengampunkan dosa-dosa hamba-hambanya yang bertaubat, setiap permohonan kita kepada Allah Subhanahu Wataala pasti akan mendapat balasan jua dan jika kita mempraktikkannya insya-Allah pasti kita akan memperolehi kejayaan dan kebahagian di dunia dan di akhirat.

allahuakbar.gif

Sumber dipetik daripada laman web:

Baitulummah Society dan The Goverment of Brunei Darussalam Official Website

21 June 2010

Umat Islam Harus Berhati-hati Memilih Makanan

Sekarang ni dah terlampau banyak sangat jenama dan jenis makanan. Isi kandungannya pun kita terlalu banyak sampai ada sesetengah itu kita sendiri tidak tahu. Saya ada mendapat 1 list code nombor pada pek makanan untuk mengetahui samada makanan itu ada gelatin babi atau tidak .
Terdapat empat jenis E-Kod yang boleh dikatakan konfem tak halal:

E441 - Gelatin - Diperbuat dari tulang/lain2 binatang ternakan (lembu) atau khinzir.

E542 - Edible Bone Phosphate - Diperbuat dari tulang binatang

E120 - Cochineal - Perwarna merah, diambil dari serangga betina

E904 - Shellac - Resin dari serangga

Keempat-empat di atas dinyatakan konfem tak halal kerana bahan-bahan tersebut tidak ada substitute/pengganti berasaskan tumbuhan. Justeru, ia bergantung kepada pembuat bahan2 di atas, sama ada haiwan yang digunakan disembelih mengikut syarak atau tidak.

Adapun bagi E120 dan E904, dalam mazhab syafii serangga adalah halal. Mazhab hambali (kalau tak silap), mengharamkan serangga.Jadi pandai-pandai la kaji dan ittiba' ye.

Adapun bagi bahan-bahan lain, ianya termasuk sama ada halal (berasaskan tumbuhan), atau masbuh (syubhah) kerana ia boleh berasaskan haiwan, atau boleh berasaskan tumbuhan.

So kalau ada E yang masbuh tapi ada logo JAKIM, maka tahu la yang JAKIM dah siasat E tu dan tahu yang ianya berasal dari tumbuhan. Jadi gunakanlah tanpa was-was.

Ada pendapat kontemporari, menggunakan konsep istihala mengatakan tiada lagi keperluan ke atas kod E ini. Pendapat ini berhujah dengan mengatakan bahawa walaupun bahan tersebut berasal dari khinzir, ia telah diproses dan telah berubah struktur kimianya. Justeru itu, terpulang pada anda sekiranya hendak mengikuti pendapat ini, namun pastikan anda mempunyai kefahaman mengenainya serta merujuk kepada mereka yang ahli. Saya menyebutnya cuma sekadar kita tahu, agar kita tidak terlalu rigid dan syadid dalam mempertahankan pendapat masing-masing, sedangkan isu ini juga termasuk dalam khilafiyyah.

MyEm0.Com
Sumber dipetik daripada : i Luv Islam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow