CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

25 May 2010

Action Song Competition Jengka Cluster 2010 dan Mesyuarat Guru Besar Kelompok Jengka 2010


Pada 2ohb Mei 2010 telah diadakan Action Songs Competition Jengka Cluster 2010 dan Mesyuarat Guru Besar Kelompok Jengka 2010. Majlis Perasmian dan Penutupan oleh Pengerusi Kelompok Jengka dan bacaan doa oleh Ustaz Abdul Aziz. Johan dimenangi oleh SK Bandar Pusat dan Naib Johan dimenangi oleh SK Jengka 11. Story Telling Competition pula dimenangi oleh SK Jengka 22.Tahniah!
MyEm0.Com

Mesyuarat Guru Besar Kelompok Jengka 2010 pula membincangkan belanjawan,laporan,dan isu-isu berkaitan.Dihadiri oleh Guru Besar daripada 13 buah sekolah terdiri daripada Kelompok Jengka.






Hari Guru 2010


Salam..lama tak menulis dalam blog ni..sibuk 'berfacebooking' sampai blog dah bersawang..hehe..Hari Guru 2010 disambut meriah oleh warga SKJ11.Bacaan perutusan dari Pengarah Pelajaran Malaysia dan Menteri Pelajaran disertai dengan nyanyian koir oleh cikgu2..(sedap tul suara mengalahkan Jamal Abdillah...) Lagu NegaraKu, Sekolah, Guru Malaysia dan Guru Pembina Negara Bangsa.Sebelum makan guru-guru dihadiahi dengan jambangan bunga-bungaan yang cantik-cantik bagi menghargai jasa guru. Kemudian acara makan dalam kul 10.45pg dengan hidangan yang cukup menarik seperti kek..nyum2..ikan bakar,tembikai,dll..
MyEm0.Com



Ni pulak acara yang berlangsung pada Hari Guru 2010, sebelum permainan ada persembahan daripada murid2 SKJ11.Pertandingan pun ada antara rumah merah,hijau,biru, kuning. Johan adalah dimenangi oleh rumah pasukan guru besar rumah Kuning.Yea..tapi semua hadiah dapat sama jer..bekas makanan comel kaler biru.Acara yang disertai oleh guru dan pelajar ialah baling dart,baling belon air berganti2 sampai ke barisan belakang(pasukan saya iaitu pasukan putih tak masuk satu belon air pun dalam baldi..haha)..
MyEm0.Com



Ni pulak sesi bertukar-tukar hadiah antara staf-staf SKJ11. Termasuk lah pekerja kantin, pekerja swasta,guru-guru dan pembantu tadbir.Hadiah Guru Besar dimenangi oleh Cikgu Wahab hasil undian..Selepas itu disebut beberapa nama pemenang kategori guru seperti Guru Lelaki Paling Garang-Cikgu Suhaimi (Juara 3 kali berturut2), Guru Perempuan Paling Garang- Cikgu Norhayati Omar (Juara Bertahan), Guru Wanita Paling Bergaya-Cikgu Rohayati, Guru Lelaki Paling Bergaya-Cikgu Nazim, Guru Wanita Paling Kalut-Cikgu Sarinah,Guru Lelaki Paling Kalut-Cikgu Zamri,Guru Mesra Murid Lelaki-Cikgu Zamri jugak,Guru Wanita Mesra Murid-Cikgu ,Guru Lelaki Suara Lantang-Cikgu Wahab,Guru Wanita Suara Lantang-Ustz Noorhana.




MyEm0.Com

19 May 2010

Gotong Royong Perdana 2010


Gotong Royong Perdana 2010 diadakan pada 16 Mei 2010 sempena meraikan Hari Guru 2010. Semua golongan warga SkJ11 turun padang bagi menjayakan aktiviti tersebut tidak terkecuali Ibubapa dan para pelajar SKJ11. Semua pihak telah memberikan kerjasama yang memberansangkan demi menceriakan kawasan sekolah. Sekalung tahniah dan penghargaan buat semua yang bertungkus lumus membersihkan kawasan sekolah yang kita cintai.

MyEm0.Com

14 May 2010

Selamat Menyambut Hari Guru 16 Mei 2010


Sambutan Hari Guru di SK LKTP Jengka 11 disambut pada 17 Mei 2010. Sehubungan dengan itu,satu gotong royong perdana diadakan di sekolah pada hari Sabtu iaitu 15 Mei 2010.Diharap semua pihak dapat memberikan sumbangan ikhlas dalam menceriakan kawasan sekolah demi mencapai slogan "Cintailah Sekolah Kita" dan "Sekolahku Rumahku"
MyEm0.Com

12 May 2010

Selamat Kembali Ke Sekolah!


Selamat bertugas semula kepada Ustazah Morni Mohd Noor pada hari ini 12 Mei 2010 selepas bercuti panjang kerana melahirkan anak yang ke-3.Baby girl comel ini diberi nama Nur Kasih..
MyEm0.Com

11 May 2010

Selamat Hari Lahir Cikgu Norhayati Omar!

MyEm0.Com
Cool Icon&Emoticon


Warga SK LKTP Jengka 11 mengucapkan Selamat Hari Lahir yang ke tuut? pada 10hb May 2010..Semoga cikgu dan keluarga dibekati Allah dan dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah serta Kesihatan yang baik..Amin.
MyEm0.Com

10 May 2010

Selamat Menyambut Hari Ibu Buat Semua Kaum Ibu.

Si Cilik Yang Petah Bercerita!

Si Cilik yang comel ini amat petah bercerita. Adik Iqtiani tidak pernah melepaskan peluang untuk menyertai sebarang pertandingan terutamanya pertandingan bercerita daripada peringkat prasekolah lagi. Kepetahan adik ini bercerita menambat hati pemberita sinarharian yang kemudiannya memuatkan gambar adik Iqtiani ke dalam berita Skuad Cakna edisi Sabtu 24 April dan Ahad 25 April. Semoga kejayaan adik Iqtiani ini menjadi pemangkin kepada adik-adik yang lain untuk melakarkan kejayaan demi kejayaan sekaligus dapat mengharumkan nama Sk LKTP Jengka 11.Syabas diucapkan kepada adik Iqtiani, di harap adik Iqtiani akan mendapat kejayaan yang cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi.
Bravo! 1


MyEm0.Com

05 May 2010

Tahniah!

Glitter Graphics



















Tahniah kepada adik Wan Nurul Iqtiyani Wan Muhammad Noor kerana menjadi Johan Tahap 1 Bahasa Melayu Peringkat Zon Jengka.


















Tak lupa juga tahniah kepada adik Anis Sophia Binti Azmi, Johan Peringkat Zon Bercerita Bahasa Melayu Tahap 2 dengan Tajuk "Keinsafan Yang Mendamaikan"
Bersama Pengurus Felda Jengka 9, En. Nik Sen dan Guru Besar SK Jengka 9 Pn Hajah Ranjani

Gif Guru yang banyak mencurahkan ilmu dan tenaga bagi memastikan kejayaan pelajarnya, Cikgu Rohayati Mat Yusof dan Cikgu Norhayati Omar

03 May 2010




Tahniah kepada semua sekolah kerana telah berjaya mencapai 100%. Tahniah juga kepada semua yang terlibat Pegawai-pegawai ICT di PKG, PT dan FT serta guru-guru ICT dan Fasilitator Schoolnet.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow