CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

29 April 2010

Takziah!

Takziah buat Guru Besar En Jamal Noor Abd Nasir Bin Ismail diatas berita kematian mengenai ibu saudara beliau yang meninggal pada hari ini akibat penyakit jantung.Al-Fatihah buat arwah semoga arwah dicucuri dengan limpah rahmat-Nya.Amin.

Notis pendaftaran secara online Pergerakan Puteri Islam Malaysia.

Perhatian kepada ketua guru pemimpin PPIM sekolah-sekolah Negeri Pahang. Setiap sekolah hendaklah mendaftar secara online untuk PPIM.Sila hubungi Cik Anom di Nombor 03-2813028 untuk mendapatkan user ID.Sila daftar dengan kadar segera di http://www.puteri-islam.org.my/sekolah/ dengan kadar segera.

Setelah berjaya mendaftar secara online,cetak dan hantar salinan kepada:
  1. PPIM Negeri
  2. PPIM Daerah
  3. Jabatan Pelajaran Negeri Pahang (Unit Ko-Ku)
  4. sekolah masing-masing.

Sebarang pertanyaan hubungi AJK Zon Jengka

Puan Normala Jamaluddin:019 7231654

Puan Normah Sulong 0199826454

Facebook Puteri Islam Daerah Maran


Guru-guru Puteri Islam boleh melihat dan mengambil gambar yang di upload dari Facebook PPIM.Sila taip 'Puteri Islam Daerah Maran' di Facebook.


28 April 2010

Bengkel Membina Blog Prasekolah Kelompok Jengka




Seramai 13 orang guru Prasekolah Zon Jengka telah menghadiri Bengkel Mari Bina Blog Prasekolah yang telah diadakan di SK LKTP Jengka 11 selaku tuan rumah pada 28 April 2010. Bengkel ini dikendalikan oleh Fasilitator Schoolnet SK Jengka 11, Pn Siti Nurul Iman bt Manap dan persiapan bengkel diuruskan oleh Puan Wan Rahillah selaku setiausaha prasekolah Kelompok Jengka. Majlis Perasmian dirasmikan oleh Pengerusi Prasekolah Kelompok Jengka iaitu Guru Besar SK LKTP Jengka 11 En. Jamal Noor Abd Nasir Bin Ismail. Majlis Penutupan oleh Tn Hj Hamzah bin Mat Ali selaku Pengerusi Kelompok Jengka. Setiap peserta diberi sekeping sijil penyertaan sebagai cenderahati dan semangat untuk meneruskan perjuangan dalam bidang pendidikan.Moga-moga, cikgu-cikgu Pra Zon Jengka sentiasa menemaskini blog masing-masing..Bolehlah kita berkongsi ilmu...:-)
MyEm0.Com



Cikgu Pn Rahillah yang bertungkus lumus memastikan bengkel berjalan dengan lancar.
MyEm0.Com












Cikgu Pra yg turut membantu..Cikgu Ain (Jengka 8) Mekasih cikgu..MyEm0.Com















21 April 2010

Ceramah Motivasi Ibu Bapa / Penjaga Tahun 5 & 6


Pada 16 April 2010 iaitu pada hari Jumaat pukul 8.30 pagi bertempat di Dewan Ibnu Affan telah disampaikan oleh Tn. Haji Mohd Nazri bin Hj. Mohd Noor iaitu Pensyarah UITM Pahang Cawangan Jengka. Objektif motivasi adalah untuk menentukan hala tuju masa hadapan murid-murid, membina semangat dan keyakinan untuk maju serta kesedaran ibu bapa tentang kecemerlangan akademik para pelajar.


Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS)


Jadual Baru Pengisian Data Maklumat SPPICTS 2010 bagi Kutipan 1/2010 (12 April - 9 Mei 2010). Bagi Negeri Pahang adalah pada 30 April 2010. Untuk maklumat lanjut sila klik disini

20 April 2010

Serungkai kata dari Prasekolah SK Jengka 11

24 kad perkataan berasaskan soalan literasi (LINUS) murid Tahun Satu dihasilkan oleh Cikgu Prasekolah iaitu Pn. Raheela. Ianya juga sesuai untuk murid prasekolah yang telah mahir membaca sukukata KVK bagi memahirkan mereka membaca dan mengenali perkataan2 yang berimbuhan. Cikgu-cikgu hanya perlu print, gunting dan laminatekan kad perkataan ini. Tak perlu nak belanjakan duit untuk beli kad perkataan yang beratus-ratus ringgit harganya!!

BBM khas dihasilkan untuk Instrumen Numerasi Lisan mengikut konstruk-konstruk yang memerlukan kad gambar yang dapat digunakan oleh guru LINUS. Cikgu-cikgu hanya perlu cetak dan gunting supaya ia jadi lebih menarik dan laminatekannya. Cikgu Raheela dapat hasilkan kad-kad ini sebanyak 32 slide dalam bentuk PDF. So,cikgu-cikgu boleh download secara percuma sahaja di sidebar DOWNLOAD NOW! di laman blog prasekolah iaitu http://preschoolskj11.blogspot.com/.

Hari Anti Dadah 2010



PELANCARAN
TARIKH:22 FEBRUARI 2010
HARI :ISNIN
TEMPAT: DATARAN ILMU
DIRASMIKAN OLEH: EN JAMAL NOOR ABD NASIR BIN HJ ISMAIL (GURU BESAR SK JENGKA 11)

Aktiviti Minggu Antidadah

Isnin 22 FEBRUARI 2010
7.30 pagi – Ikrar antidadah, 10.15 pagi - Menulis esei antidadah(Tahap2 , Guru Bahasa Melayu) - Cogan kata antidadah(Pada kain rentang).Semua pengajaran pembelajaran bertemakan salah guna dadah.
SELASA 23 FEBRUARI 2010 7.30 pagi -Pantun salah guna dadah(Tahap 2 , guru BM pilih 2 orang), 10.15 pagi - Menulis perkataan antidadah pada kain rentang. Semua pengajaran pembelajaran bertemakan salah guna dadah.
RABU 24 FEBRUARI 2010 7.30 pagi- Kuiz antidadah(Perhimpunan Terbuka), 10.15 pagi - Menulis cogan kata antidadah pada kain rentang. Semua pengajaran pembelajaran bertemakan dan salah guna dadah.
KHAMIS 25 FEBRUARI 2010 7.30 pagi- Syair dadah (Guru BM tahap 2), 10.30 pagi- Tayangan video antidadah (Bilik Tayangan). Semua pengajaran pembelajaran bertemakan salah guna dadah.
ISNIN 1 MAC 2010 7.30 pagi- Tazkirah Agama (Bina Insan bertemakan antidadah)- Penyampaian Hadiah Minggu PPPDa.http://www.adk.gov.my/.

Penyampaian Hadiah dan Penutupan
TARIKH:12 MAC 2010
HARI :JUMAAT
TEMPAT:DATARAN ILMU
PENUTUPAN OLEH: EN JAMAL NOOR ABD NASIR BIN HJ ISMAIL (GURU BESAR)TENTATIF PENYAMPAIAN HADIAH & PENUTUPAN MINGGU PPPDa 2010
9.30 am — Murid –murid berkumpul, 9.35am__ Ucapan Majlis Penutup (Guru Besar), 9.40am __ Penyampaian hadiah Kepada pemenang10.00am __ Cabutan hadiah soal-selidik15.30am __ Sesi bergambar.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow