CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

17 August 2010

Sejarah Jengka

Image
SIMBOL JENGKA
SEJARAH ASAL JENGKA

Jengka dibuka secara rasmi pada 1967. Nama Jengka diambil daripada nama sebatang sungai iaitu Sungai Jengka. Sungai ini pula mendapat nama daripada satu kisah seorang wanita bernama Yang Jangka yang mati lemas di sungai ini. Dalam tempoh tiga dekad (1967-1997), Jengka ditadbir oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ). Setelah LKWJ dibubarkan pada 1997, Pentadbiran Jengka telah diserahkan kepada Majlis Daerah Maran (MDM) hingga ke hari ini.

Jengka ditubuhkan melalaui satu projek iaitu Segitiga Jengka oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Nama Segitiga Jengka digunakan dengan mengambilkira lokasi Jengka yang terletak diantara tiga daerah iaitu Temerloh, Maran dan Jerantut.

KOMUNITI SETEMPAT

Dianggarkan seramai 20,000 orang penduduk menetap di Bandar Pusat Jengka.Pusat bandar ini terbahagi kepada 25 bahagian di dalam Segi Tiga Jengka meliputi Jengka 1 hingga 25.Bagi setiap epenmpatan,penduduknya dianggarkan antara 300 hingga 600 buah keluarga.Majoriti penduduk berbangsa Melayu iaitu sebanyak 99%,manakala selebhinya penduduk berbangsa Cina,India dan lain-lain.

Sumber dipetik dari :Pusat Jalur Lebar Komuniti Rantau Perintis

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow