CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

23 July 2010

Baby Boy Cikgu Nazim




Gambar bayi lelaki Cikgu Khairol Nazim. Dilahirkan seberat 2.75kg di Hospital Jengka. Isteri Cikgu Nazim, Pn Norazilawati selamat melahirkan bayi tersebut secara normal. Nama bayi lelaki ini belum lagi ditentukan.

MyEm0.Com

19 July 2010

Majlis Penyerahan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin

Majlis bertempat di SK Bandar Pusat pada 15 hb Julai 2010, Hari Khamis, pukul 2.00ptg. Majlis dimulai dengan bacaan doa.


Seterusnya ucapan daripada Timbalan Pegawai Daerah Maran, Tn Hj Zainul Abidin bin Haji Daud.


Kemudian disusuli dengan ucapan daripada YB Wan Salman bin Wan Ismail.


Wang berbentuk Cek Replika tersebut diserahkan oleh Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Maran, Tn Hj Zainul Abidin bin Haji Daud kepada semua Guru Besar Kelompok Jengka.


Guru Besar Kelompok Jengka bergambar kenangan dengan replika cek masing-masing bersama dengan YB Wan Salman dan Tn Hj Zainul Abidin.


Pn Aisyah (GPK HEM) dan Pn Rapizah, guru yang bertugas pada hari tersebut.


Sebahagian penerima wang KWAPM. Diharap wang yang diterima digunakan dengan sebaik-baiknya untuk pelajaran anak-anak bukan untuk persiapan Hari Raya..



MyEm0.Com
Majlis bersurai lebih kurang pada pukul 4.00ptg.

13 July 2010

Pemantauan Akademik Timbalan PPD Maran


Pada 13hb Julai 2010 hari Selasa, Timbalan Pegawai Daerah Maran iaitu Tuan Haji Zainul Abidin bin Haji Daud telah datang ke SK Jengka 11 pada pukul 1.00 ptg untuk menjalankan pemantauan. Fokus adalah pada Kurikulum sekolah. Beliau memuji pencapaian UPSR Tahun 2009 sebagai bagus dan mahu prestasi dipertingkatkan lagi. Manakala GPS sekolah yang sekarang 1.96 pada tahun lepas mesti ditukar kepada 1.90 pada tahun ini. Seramai 8 orang murid yang mendapat 5A pada tahun lepas patut ditingkatkan lagi kepada 11 orang yang akan mendapat 5A pada tahun ini.


Tuan Haji Zainul Abidin juga memberi cadangan-cadangan berguna untuk meningkatkan keputusan peperiksaan antaranya:

MyEm0.Com Mempertingkatkan kelas tambahan

MyEm0.Com Memulakan penekanan akademik dari Tahun 4 lagi.


Mesyuarat tamat pada pukul 2.45 petang.

Hari Pelaporan

Hari Pelaporan diadakan pada 9 Julai 2010 pada Hari Jumaat di Dewan Uthman Ibnu Affan, SK Jengka 11.

Objektif Hari Pelaporan:
MyEm0.Com Ibubapa dapat mengetahui prestasi murid Tahun 6 dengan terperinci
MyEm0.Com Pihak sekolah dapat berjumpa dengan ibubapa dan berbincang untuk kecemerlangan UPSR 2010
MyEm0.Com Dapat memberikan gambaran pencapaian murid Tahun 6


Majlis dimulai dengan ucapan aluan daripada Pengerusi Majlis


MyEm0.Com
Disusuli pula dengan bacaan doa oleh Ustaz Aziz Jusoh


Kemudian ucapan daripada Guru Besar SK LKTP Jengka 11, En. Jamal Noor Abd Nasir bin Ismail


MyEm0.Com
Seterusnya GPK1, Pn Chek Tom Hj Shafie membentangkan prestasi P1,P2,P3 dan P4


MyEm0.Com
Seorang bapa kepada murid Tahun 6 bertanyakan soalah kepada guru-guru semasa Sesi Soal-Jawab


Guru-guru Tahun 6 yang menjawab soalan (dari kiri Pn Rohayati dan En Hairol Nazim)
MyEm0.Com


PROGRAM LINUS - PENGISIAN DATA SARINGAN 2

Pengisian data bagi Saringan ke-2 Program LINUS melalui portal rasmi LINUS-NKRA bermula 12 hingga 24 Julai 2010. Guru Besar diminta memastikan data yang diisi oleh guru-guru penyelaras LINUS untuk Bahasa Melayu dan Matematik diisi dengan betul dan tepat. Kegagalan mengisi data Saringan 2 LINUS sudah pasti menjejaskan proses rumusan keseluruhan Saringan Progran LINUS. Salinan perlu dibuat setelah pengisian data Saringa ke-2 dilaksanakan sebagai bukti dokumentasi Program LINUS. Pengisian data Saringan 2 LINUS boleh dilakukan melalui laman sesawangan NKRA-LINUS Kementerian Pelajaran Malaysia: www.moe.gov.my/nkra

09 July 2010

Harijadi Cikgu Wahab


Hari ini pada 9 Julai 2010 adalah harijadi Cikgu Abdul Wahab bin Aripin. Guru-guru dan staf pentadbiran di jamu dengan juadah yang lazat seperti Pulut Kuning, Rendang Daging dan Kek Mocha.
MyEm0.Com
Dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Aziz Jusoh agar dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.


MyEm0.Com

Kek Mocha..nyum nyum..lembut sungguh..MyEm0.Com

Pulut Kuning!!

Rendang daging...daging nya sangat lembut dan sedap..MyEm0.Com

07 July 2010

Pemeriksaan Pelajar Tahun 1

Pada hari ini seramai 56 murid Tahun 1 menerima rawatan daripada Klinik Kesihatan Bandar Pusat Jengka.

MyEm0.Com



Kesian kat adik ni..lelaki pun sakit jugak kan..
MyEm0.Com
Proses semasa suntikan diberi :-

1) Beramah mesra bagi mengurangkan gemuruh pelajar.


2) Tempat yang hendak di suntik disapu dengan antiseptik bagi mengelakkan jangkitan.


3) Suntikan yang mengandungi vaksin disuntik kedalam badan pelajar.


Aaauuccchhhh!!!

4) Proses terakhir..termenung memikirkan kesakitan yang baru dialami..MyEm0.Com


Reaksi pelajar semasa menerima suntikan


Adik ni je mempunyai kesabaran yang amat tinggi.Syabas!!

MyEm0.Com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow